السلام عليكم dan selamat sejahtera
|
aku ler |
Tanggal 9 Mei 2013,bermulalah perjalananku ke SK Asam Kumbang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam gitu. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar. Lebih kurang pukul 1.30 - 2.00 ptg kot kami sampai di SKAK. Kami disambut baik oleh ustaz asyraf dan warga SKAK yang lainSelepas itu, kami terus bergegas ke dewan untuk membuat persiapan bagi majlis perasmian. Time tuh memang la sibuk sikit sebab mengejar masa. Namun kerjasama semua member2ku, ianya dapat diselesaikan dengan mudah. Jam menunjukkan pukul 4,para waris tidak pun kelihatan. Aduhai malangnya perasmian kami hanya dihadiri beberapa orang guru dan waris sahaja...hehehehe
|
Kenangan bersama SK Asam Kumbang |
Selesai sahaja perasmian, kami dibenarkan beramah mesra
dengan pelajar-pelajar SKAK. Kami dibahagikan beberapa kumpula sebagai
mentor2 kepada pelajar-pelaajr. Aku berada di Kumpulan 6.
Ahli2nya..Bermulalah sesi suaikenal sesama ahli. Pelbagai aktiviti
menarik dilakukan sepanjang program. Antaranya melukis logo kumpulan,
mereka cheers, macam2 lagi la....dah x ingt aku....lama sudahh
|
Posing2 sikit yea |
Pengalaman di Asam Kumbang meninggalkan sejuta kenangan dan masih
terpahat dalam hatiku. Sikap pelajar-pelajar yang terlalu spoting dan
ramah membuatkan aku senang untuk mendekati mereka. Dah la sporting,
baik-baik pulak tuh. hahaha teringat aku satu peristiwa. Macam biasa,
semasa budak-budak makan, kami para PC menunggu dahulu. Sedang aku
menunggu mereka makan sambil menghilangkan keletihan, tiba-tiba datang
seorang budak membawa sepinggan nasi "abg fauzi, nah makan" hahaha
terkejut aku. Tak sangka budak seumur 12 tahun boleh berfikiran matang
sebegitu. Aku hanya tersenyum melihatnya. hahaha itulah Faqih.... Budak
yang terlalu rapat denganku. Almaklumlah satu group dengan aku kan.
Kemana ja aku pegi, dia mesti ikut.....hahaha...
Masa di kubur
pulak, dia bersama- sama aku membersihkan kawasan sekitar. Di situ
semoat jugak aku mengetahui latar belakangnya. Patutlah peribadi Faqih
nih tulus budinya..... Mungkin telah dididik dan diasuh oleh ibu
bapanya, Dengar cerita, maknye ustazah.....hahahah aku selalu
memanggilnya ustaz.... tengok gaya tuh...memang ada gaya lah jadi
ustaz..hehe Moga Makbul doaku..
|
Sukaneka |
|
Sukaneka |
Pada suatu petang, kami telah mengadakan satu sukaneka. Bawa bola
dalam sudu, masukkan gelang getah dalam straw, lawan pecah belon dan
pertandingan makan roti kering....hhahha bab roti nih aku yg ambik
pertandingan...hihhi ase macam budak-budak pulak main-main gituh.. Time
lawan pecah belon tuh, ada satu kes budak tercedera. ye la kan..kawannye
nak sepak belon....tersepak kakinye pulak... Alahai menangis si budak
nih...heheh Waiz namanya. Nampak macam serius jer. takut juga kami semua
dibuatnya. Nsib baik le ada dokter celop...Fatinah namanye..hahah dia
nih belajar sikit pasai PBSM. taw la dia nak mengubatnye. Si Waiz ni
pulak, ditanya nak balik rumah ke tak???? tak mahu pula....best join
program le tuh..hihihi... tak lama pun.....keesokannya dah ok pun
kakinya.
|
Abg,wan,najmi,faqih and Bob
Asam Kumbang |
|
Kumpulan Putih |
|
putih presentation |
|
Firas and the gangs |
Kami juga ada mem
Memandangkan aku memegang jawatan pos keselamatan, jadi aku akan mengiringi budak-budak nih ke bilik dari dewan untuk memastikan mereka selamat. Time ni lah yang paling boring...heeh susah betul nak tidor.....sembang-sembang pulak tuh.... Si Firas pulak suka main-main... sikit-sikit ke bilik air...aduhai....hhah sabo je lah...
Pada waktu malam juga, kami telah mengatur jadual untuk sentri@ berjaga malam. Pada waktu itu, kami akan bersama-sama membuat "mural" .Takut jugak aku nak menconteng-contng dinding nih.. kang x lawa pulak,.....malu ler heheheh.... Tp pengalaman membuat "mural" memang best. Saling bekerjasama, bertungkus lumus dan mengeluarkan bakat masing-masing untuk kenangan di SKAK......dan apa yang aku lihat, melalui mural tu jugaklah ikatan silaturrahim antara pelajar Sains Pembangunan semakin erat...Alhamdulillah
|
Sahabat selamanya |
|
Wan,Najmi,Fatah
muka legend tp nangis sbb kena
berpisah |
Kami ada membuat malam kebudayaan. Malam tuh ada lakonan, nyanyian, nasyid dll. ha kumpulan aku kena buat persembahan lakonan. Aduh pening aku dibuatnya. Tambahan pula, petang sebelum malam kebudayaan tuh, akak2 n abang2 PC yang lain keluar pegi muzium n buat kajian. Tinggallah aku, adam,wilson, ledy, n fadhila. Tp aku jugak yang rela nak jaga...hhaha maklumlah penat kot. Aduh 4 orang mana ckup nak jaga budak hampir 40 lebih kot asenye. Time nih la budak2 nih tunnjuk belang....Terlalu dimanjakan sangat sampai arahan pun x dengar.. Hahahah dalam kepenatan, dan
|
Mural |
dalam keadaan geram aku tarik telinga 2,3 orang budak yang ketegaq (degil) hehehe rasa bersalah pulak. Budak-budak selalu minta aku untuk bagi peluang mereka bermain bola... eiiihhh asenya kesian pulak..so petang tu aku bagi jugak la depa main. Nampak keceriaan di wajah mereka bila aku kata "ok petang ni kita main bola"... hhhahaha n
|
Faqih dan zakwan
Asam Kumbang |
Sampailah tanggal 15 Mei, tibalah masanya aku dan rakan-rakan pulang ke UKM. Berat sungguh hatiku meninggalkan SKAK. Faqih dgn Zakwan terlalu baik sangat sehinggakan beg aku pun dibawanya ke bas.lepas tuh, masa bas bergerak, adalah seorang budak pompuan nih, berlari sambil menangis mengiringi bas....Ya allah tersentuh benar hatiku...heheheh sedih lettew....Dalam bas, terbayang wajah-wajah adik-adik yang dekat denganku- Faqih,zakwan, Najmi, Syukri, Firas, Waiz, Wan,Bob and the gangs...hehehe SEMOGA BERJUMPA LAGI YE ADIK2 SEMUA.......LOVE YOU alls.
|
hahahah kejar dik kejar..... |